Dunia alimentari
Thursday, March 29, 2012 | 10:12 PM | 4 comments
Assalamualaikum..
Hye semua!
Lama tak hupdate belog ni..eh,lame ke? Bru seminggu kowt..hihi
Seminggu ni, syima bz duk setel kan beberapa keje yang tertangguh
Maklum laa..cuti skolah ari tu cuti sakan..*padan muka saya*
Ok laa, nak cerita ckit pasal suasana dalam kelas lepas cuti panjang
Kelas: Form 2
Bab: Sistem pencernaan
Selepas anak2 murid tersayang salin nota, akan ada slot Q&A..
“Ok class, U all kena ingat setiap enzim yg terlibat dan fungsi2nya sekali. Kena tw apa fungsi hati, fungsi asid hidroklorik……………Ha, ada apa2 yang tak paham?”
Maka, soalan2 pun ditujukan kepada cikgu ni..
“Cikgu, kenapa kalau kita jolok tangan dalam kerongkong, rasa nak termuntah?”
“Cikgu, mcm mana cirit birit berlaku?”
“Cikgu, kucing muntah dengan manusia muntah sama tak?”
“Cikgu, kenapa bila kita lapar, perut kita bernyanyi2?”
BLURP!!
Banyak nya soalan..*Blurr nk jawab macam mana*
At last..KRINGGG..Loceng bunyi..
“OK class, t cikgu bg jawapan next class kita ya” *terima kasih Encik loceng* hahaha
*Kopi n Pasta from my bestie shai*DUNIA ALIMENTARI
Kehadiranku disambut mesra oleh amilase liur
Dibawa bersama menerusi terowong esofagus
Wahai epiglotis, terima kasih
Kau memanduku
Agar aku tidak sesat membawa diri
Aku menari bergerak mengikut rentak baru
Rentak peristalsis yang penuh berirama
Tiba pula aku di bandar bernama perut
Bermasyarakat kelenjar gaster yang rembes asid hidroklorik
Enzim pepsin dan renin bergaul ramal dengan protein
Membiarku berkeliaran dalam bentuk kimos
Selekoh duodenum
Simpang pertama dalam usus kecil
Tempat penemuan hempedu dengan cecair pankreas
Aku terpaksa berlumba-lumba
Dengan garam hempedu fan enzim
Yang pandai emosi dan hidrolisis
Bergelut dengan amilase tripsin dan lipase
Sehingga remuk menjadi kecil
Turun aku ke rimba jejunum dan ileum berupa indah sungguh menakjubkan
Kecantikan yang tidak terkata-kata
Pokok-pokok tumbuh liar membentuk kanopi
Giat menyerap sehingga aku kian menghampiri kawan karibku, darah
Perhentianku seterusnya di negara kolon berpangkalan rektum
Air diekstrak dariku secara berlebihan
Aku berubah menjadi kering kontang
Akhirnya aku dihalau keluar sebagai tinja
Wah! Alam yang aneh, diselubungi misteri
Penyimpan rahsia dan jawapan masa depanku
Sebagai sebutir makanan dalam dunia alimentari
Labels: cikguOHcikgu