Be Strong!
Monday, September 12, 2011 | 1:17 AM | 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim.
Lama tidak menulis sesuatu di blog. Entah ape yang disibukkan pn tak pasti. Yang pasti, banyak yang telah berlaku sehingga kekadang mata tidak dapat lagi menampung titik-titik jernih airmata. Dugaan. Semua yang hidup, pasti mengalaminya. Samada dugaan atau cabaran yang kecil, mahupun yang besar. Dan setiap kali kita ditimpa pelbagai masalah,DIA lah tempat pertama yang kita cari. Sesungguhnya, dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang. Subhanallah. Begitu dekat DIA dengan kita. Selangkah kita kepada DIA, beribu langkah DIA kepada kita.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. 2:216