Analogi sebotol sos
Monday, July 25, 2011 | 11:33 PM | 0 comments
Pernah tak anda megisi sebotol dengan sos tomato, pas tu bila di picit botol tu, keluar kicap???Hahaha..mesti tak pernahkan? Kalau kita isi sos tomato, keluar sos tomato la. Kalau isi mayonis, mesti la keluar mayonis. Betul tak?
Diri kita ni tak ubah macam botol. Dan setiap apa yang kita ucapkan diumpamakan macam isi di dalam botol tersebut. Sepanjang hidup kita, kita akan terus mengisi diri kita (botol) sehingga penuh. Dan setiap orang, akan berbeza apa yang di isikan ke dalam dirinya. Apabila tiba masanya, iaitu pada saat-saat kita menghembuskan nafas yang terakhir, botol tersebut (diri kita) akan memuntahkan isinya. Barangsiapa yang masa hidupnya banyak membasahkan lidah dengan zikrullah dan kalimah tauhid, pasti tidak sukar baginya untuk mengucapkan 2 kalimah syahadah sebelum dia menghadap Tuhannya.
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, hendaklah dia berkata yang baik atau diam.” ~H.R.Imam Bukhari & Muslim~
Jadi, selangi hayat dikandung badan, mari lah kita bersama mengisi botol tersebut dengan perkara yang baik-baik. Sama-sama lah kita menjaga lidah supaya tidak terucap perkara-perkara yang sia-sia. Dengan lidah, kita boleh masuk syurga, dan dengan lidah jugalah kita boleh dihumpan ke neraka.
“Siapa yang banyak cakapnya, bayaklah salahnya,
Siapa yang banyak salahnya banyaklah dosanya,
Siapa yang banyak dosanya maka neraka lah paling utama baginya”
~Diriwayatkan oleh al-Baihaqi dari kata-kata Umar Al-Khatab~
Siapa yang banyak salahnya banyaklah dosanya,
Siapa yang banyak dosanya maka neraka lah paling utama baginya”
~Diriwayatkan oleh al-Baihaqi dari kata-kata Umar Al-Khatab~
Pernah tak dengar peribahasa melayu ‘Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa’?? Mesti pernah kan. Maksudnya, kalau kita ada salah cakap, silap-silap haribulan buku lima sampai kat muka. Adei. Minggu lepas, time mengajar di kelas 2 Muslimin, ada budak kena tumbuk dengan kawan dia. Suspen betul time tu. Mana taknya, budak laki bergaduh dalam kelas, blurr sekejap nak wat mcm mana.. Takot masuk campur jap g, tak pasal muka ni skali kena. Huhu. Tapi, sebagai seorang guru, kena la brani kan? Diri ini pun melangkah meleraikan perbalahan. Setelah di kaji selidik, semua tu berlaku kerana si A mengejek si B. si B dah tak sabar, terus bagi buku lima. Jadi, kita ni bila nak bercakap, hati-hati la. Takut ada yang terasa…..
Labels: cikguOHcikgu, renungan, teman