A story of sorry
Wednesday, June 1, 2011 | 12:18 AM | 0 comments
Cik kotak ada seorang kawan yang sentiasa bersamanya susah dan senang.
Tapi satu hari…..Cik Kotak memarahi kawannya, sehingga kawannya bersedih hati.
Tapi satu hari…..Cik Kotak memarahi kawannya, sehingga kawannya bersedih hati.
Tinggal lah Cik Kotak bersendirian.
Tiada lagi teman bermain..
Cik Kotak kesepian..
Cik kotak nak minta maaf, tapi dia tak tahu macam mana nak cakap….
Cik kotak menulis sepucuk surat. Perkataan terakhir di surat itu….”SORRY”..
Kini, mereka kembali bersahabat.
Cik Kotak gembira, dan dia berazam untuk tidak marah lagi.
***************************************************
“Sorry”
Just a simple word…..But sometimes, it seems to be the hardest word….
Mungkin kerana ego? Atau malu? Entah lah….
Kerana ungkapan yang sukar di sebut itulah kita di suruh agar menjaga diri dari sifat marah.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w, “Berilah saya nasihat.” Beliau bersabda, “Jangan marah” Lelaki itu terus mengulang-ulang permintaannya dan beliau tetap menjawab, “Jangan marah.” (HR. Bukhari)
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa, (iaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan..(Ali ‘Imran: 133-134)
Memang sukar untuk tidak marah. Kekadang, hal yang kecil pun boleh membuatkan diri kita cepat marah. Oleh itu, berfikirlah dahulu sebelum bertindak. Macam mana pulak kita nak atasi kalau diri kita rasa nak marah?
1. Mengubah Posisi.
Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)
2. Berwuduk.
Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .

Selain ni, banyak lagi cara kita nak hilangkan marah. Kita boleh kongsi atau luahkan perasaan marah kita kat orang lain (luahkan tu nada bercerita,jangan marah kat orang yang sudi nak dengar tu plak.hihi). Berfikiranlah positif dan banyakkanlah berdoa supaya dijauhi sifat marah. Dan, kalau kita dah marah orang tu, cepat-cepat la minta maaf. Kalau segan nak cakap, banyak lagi medium lain yang boleh kita gunakan seperti SMS, emel, blog atau pun surat macam Cik Kotak. Hihi.
nota kaki: mohon maaf jika ada salah dan silap buat semua insan tersayang