I Like You The Best
You've stumbled in my blog,so what to do ? | Dashboard | +Follow
Bukan milik kita
Tuesday, May 17, 2011 | 1:21 AM | 0 comments

Kemumu di tengah pekan
Dihembus angin jatuh ke bawah
Ilmu yang tidak diamalkan
Bagai pohon tidak berbuah

  
ILMU....Itu bukan milik kita. Sebanyak mana pun ilmu yang kita ada, sepandai mana pun kita belajar, semua ilmu itu adalah milik yang Maha Pencipta. Terkadang, hati sedih melihat segelintir teman yang masih belum jelas tentang ini. Merasa diri lebih pandai, dan bimbang orang lain lebih pandai dari mereka. Astaghfirullah. Moga diri ini jauh dari perasaan itu. 

“Kelebihan orang alim (ulama) atas ahli ibadat adalah seperti kelebihanku ke atas orang yang paling rendah di antara kamu. Kemudian baginda bersabda lagi: Sesungguhnya para malaikat dan penduduk langit dan bumi hinggakan semut dalam lubangnya berserta ikan berselawat (berdoa) untuk orang-orang yang mengajar kebaikan kepada manusia.”
Hadith riwayat At.Tirmizi.

Pernah tak tengok air dalam gelas atau cawan?Kalau kita tuang lagi air dalam cawan tu, ape akan jadi?Mesti tumpah kan? Macam tu jugak la dengan ilmu ni. Kalau kita duk blajar banyak2, tapi tak kongsi dengan orang lain, tak de manfaatnya. Tapi kalau kita kongsi, semua akan doakan kita. Seronok kan?
Sempena hari guru kali ini, ku ucap SELAMAT HARI GURU buat insan-insan luar biasa yang telah banyak mencurahkan ilmu kepadaku sama ada secara langsung mahupun tidak. Teristimewa ucapan terima kasih tidak terhingga buat ummi dan walid serta guru-guru yang pernah mendidik ku. 
  • Tadika Felda Bukit Tajau (1994)
  • SK Felda Bukit Tajau (1995-2000)
  • SMK Maran 1 (2001)
  • SMKA Pahang, Muadzam Shah (2001-2005)
  • Kolej Matrikulasi Kedah (2006/2007)
  • Universiti Putra Malaysia (BSc hons. Biology, 2007-2010 )  

Orang haji dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak


Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati
 


"(Apakah kamu wahai orang musyrik yang lebih beruntung)
ataukah orang yang beribadah di waktu-waktu malam
dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada
(azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya?
Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui
dengan orang-orang yang tidak mengetahui?"
Sesungguhnya orang yang berakallah yang
dapat menerima pelajaran".
-Surah Az.Zumar (9)-

Labels: cikguOHcikgu, renungan, teman


|
Simply me

Facebook | Twitter
Assalamualaikum.
Hai semua! Thanx sebab sudi singgah blog syima yang tak seberapa ni. ^_^
Blog ni tak de ape yang menarik. Sekadar perjalanan hidup syima yang kadang ketawa dan kadang menangis...
Footprint here


Navigation

About Links Entries
It's Me


Write something about you here,sweetie :D
Affies&Linkies


Alia L.Joe's | Bestie Shai | Lovie Siti | Dearie Mum | Sweetie | cutie ana
Bukan milik kita
Tuesday, May 17, 2011 | 1:21 AM | 0 comments

Kemumu di tengah pekan
Dihembus angin jatuh ke bawah
Ilmu yang tidak diamalkan
Bagai pohon tidak berbuah

  
ILMU....Itu bukan milik kita. Sebanyak mana pun ilmu yang kita ada, sepandai mana pun kita belajar, semua ilmu itu adalah milik yang Maha Pencipta. Terkadang, hati sedih melihat segelintir teman yang masih belum jelas tentang ini. Merasa diri lebih pandai, dan bimbang orang lain lebih pandai dari mereka. Astaghfirullah. Moga diri ini jauh dari perasaan itu. 

“Kelebihan orang alim (ulama) atas ahli ibadat adalah seperti kelebihanku ke atas orang yang paling rendah di antara kamu. Kemudian baginda bersabda lagi: Sesungguhnya para malaikat dan penduduk langit dan bumi hinggakan semut dalam lubangnya berserta ikan berselawat (berdoa) untuk orang-orang yang mengajar kebaikan kepada manusia.”
Hadith riwayat At.Tirmizi.

Pernah tak tengok air dalam gelas atau cawan?Kalau kita tuang lagi air dalam cawan tu, ape akan jadi?Mesti tumpah kan? Macam tu jugak la dengan ilmu ni. Kalau kita duk blajar banyak2, tapi tak kongsi dengan orang lain, tak de manfaatnya. Tapi kalau kita kongsi, semua akan doakan kita. Seronok kan?
Sempena hari guru kali ini, ku ucap SELAMAT HARI GURU buat insan-insan luar biasa yang telah banyak mencurahkan ilmu kepadaku sama ada secara langsung mahupun tidak. Teristimewa ucapan terima kasih tidak terhingga buat ummi dan walid serta guru-guru yang pernah mendidik ku. 
  • Tadika Felda Bukit Tajau (1994)
  • SK Felda Bukit Tajau (1995-2000)
  • SMK Maran 1 (2001)
  • SMKA Pahang, Muadzam Shah (2001-2005)
  • Kolej Matrikulasi Kedah (2006/2007)
  • Universiti Putra Malaysia (BSc hons. Biology, 2007-2010 )  

Orang haji dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak


Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati
 


"(Apakah kamu wahai orang musyrik yang lebih beruntung)
ataukah orang yang beribadah di waktu-waktu malam
dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada
(azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya?
Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui
dengan orang-orang yang tidak mengetahui?"
Sesungguhnya orang yang berakallah yang
dapat menerima pelajaran".
-Surah Az.Zumar (9)-

Labels: cikguOHcikgu, renungan, teman


Credits

Template by : Alia L.Joe's
Tutorial : Jaja
Background : Encik Google