Baju sekolah baru
Friday, May 13, 2011 | 3:58 PM | 0 comments
First post in may..Kesibukan yang menjengah saban hari hingga tak sempat nak bukak blog..ape yang ingin ku coret hari ini hanyalah tentang aku dan seorang ibu bergelar ummi. Jadi, kalau korang tak nak nak bace pun tak pe. Just nak tulis ape yang bermain di fikiran saat ini…
*Kisah yang tak boleh ku lupa tentang ummi*
Kisah ni berlaku waktu aku form 3. Aku ni memang cepat bosan dengan orang. Sampai ada orang nak wt aku kwan baik dia pun aku tak nak. Sebab bila akrab sangat2 nanti, aku jemu (budak pelik).
Aku memang baik dengan ummi. Rapat, macam adik2 yang lain. Ape yang aku nak, mesti ummi bagi. Sehinggalah cuti penggal pertama persekolahan. Bila balik rumah, aku rasa macam jemu sangat2 dengan ummi. Malas nak cakap dengan ummi, jemu. Ummi buat kerja kat dapur sorang2, aku tak tolong pun. Ummi borak dengan aku, aku tak cakap pun. Bila naik kereta, aku duk sebelah ummi, tapi aku tak cakap pun dengan ummi. (Teruknya aku saat itu)
Satu hari, ummi Tanya…
“Kak, ummi nak buat baju sekolah baru kat kak. Nak ukur baju mana?”
Aku jawab tanpa rasa bersalah sikit pun…
“Tak payah lah. Kak tak nak baju baru”
Tapi ummi tak kata ape2. Ummi cari baju aku dalam almari dan jahit. Bila sekolah dah nak buka, aku masih tak cakap dengan ummi. Padahal ummi tak de salah pun dengan aku. Aku je yang jemu dengan ummi. (teruknya la budak ni. Sampai jemu dengan mak sendiri). Time kemas2 beg nak blik hostel, ummi bagi baju sekolah baru kat aku,siap iron lagi.Baiknya ummi. Tapi aku masih berhati batu. Tak de rasa bersalah pun.
********************************
Hari pertama selepas cuti…
Aku bangun lewat nak ke sekolah. Mandi kelam kabut, baju pun tak sempat iron lagi. Bila nak amik baju dalam locker, ternampak baju baru yang dah siap iron tu……Hati mula menangis…Baju ku capai, lantas ku pakai…terasa hangat, bagai pelukan seorang ibu..Saat ini, air mata mengalir deras..Teringat seminggu cuti yang berlalu..aku tidak mengendahkan ummi..tergamaknya aku…Terus kaki ku berlari ke pondok telefon.
“Assalamualaikum, ummi..Kakak ni” suara ku teresak-esak.
“Nape kak?”..ummi risau .
“Kak nak mintak maaf sgt2. Sebab cuti hari tu tak tolong ummi pun. Kak tak sembang pun dengan ummi. Kak buat tak tahu je kat ummi. Kak minta maaf. Mintak maaf sgt2.”
“Tak pe..ummi paham..ummi kenal anak ummi. Kak jemu dengan ummi kan.Jangan risau, ummi tak kecik hati pun. Sebab ummi tahu, sekali kak jemu dengan ummi, lepas ni kak akan ingat ummi sampai bila2.Ummi sayang kak.”
“Terima kasih ummi. Kak pun sayang ummi. Ummi, terima kasih buat baju sekolah baru kat kak.”
*********************************************
Sucinya hati mu wahai ummi ku….hingga saat ini, aku masih tak boleh lupa pasal ni. Kejamnya aku saat itu. Dan dari detik itu, aku tak lagi jemu dengan ummi ataupun sape2. Aku sayang semua orang yang ade dengan aku.
Begitu lah kasih seorang ibu. Bukan hanya ummi aku, tapi semua ibu2 di dunia ni. Semuanya sangat sayang anak2 mereka. Walaupun si anak berbuat jahat dengan si ibu, hati si ibu tetap penuh dengan limpahan kasih dan sayang yang tiada terhingga.
Ummi
Saat aku kesedihan, tangan mu menyapu air mataku
Saat aku kesakitan, hatimu penuh kerisauan
Saat aku kegelisahan, kau datang memberi kata semangat
Saat aku kepayahan, kau hulur tangan memberi keringanan
Saat aku jatuh dan bangun dari kekecewaan….
Engkaulah yang sentiasa di sisi ku member harapan
Ummi
Maaf karana sering membuat mu risau
Maaf kerana sering membuat tidur malam mu tak lena
Maaf kerana tingkah laku ku yang menyakitkan
Maaf kerana tutur kata ku yang mengguris hati mu
Maaf kanlah anakmu ini, ummi
Ummi
Terima kasih ku ucap atas segala pengorbanan mu
Yang rela berpanas berhujan melindungiku
Yang rela berlapar demi mengisi perutku
Yang rela menangis, mengenangkan anakmu…
Terima kasih segalanya duhai ummi tercinta
Pengorbanan mu tiada terhingga
Kasih suci mu tiada penghujungnya