I Like You The Best
You've stumbled in my blog,so what to do ? | Dashboard | +Follow
Pelayaran sebuah kapal.........
Wednesday, March 23, 2011 | 10:40 PM | 0 comments

Tiga orang pelancong sedang belayar di lautan yang luas. Mereka menumpang kapal itu untuk mendarat di sebuah pulau yang nun jauh di sana. Setelah berhari-hari di atas kapal, daratan yang mereka cari-cari itu masih belum kelihatan. Maka, pada suatu hari, kapal itu singgah di sebuah pulau.

Pelancong 1:
Dia tahu dan ingat bahawa dia masih dalam perjalanan. Setelah berehat-rehat, dia kembali semula ke kapal. Kerana dia ingat bahawa pulau ini bukanlah tempat yang menjadi tujuan sebenarnya.

Pelancong 2:
Setelah menjejakkan kaki ke pulau itu, dia terpesona dengan keindahan dan kecantikan pulau itu. Akibat terlalu asyik dengan keindahannya,dia terleka dan akhirnya terlena. Tiba-tiba dia tersedar bahawa dia dalam persinggahan dan perjalanannya masih jauh dan perlu diteruskan. Lalu, dia cepat-cepat kembali semula ke kapal. Malangnya, tempat duduk sudah pun dipenuhi oleh pelancong lain.

Pelancong 3:
Pelancong inilah yang paling malang sekali. Setelah dibunyikan siren kapal yang pertama, dia masih lagi menikmati keindahan pulau. Siren kedua dibunyikan pula,dia masih tidak kembali ke kapal. Dan akhirnya, siren ketiga dibunyikan sebagai peringatan terakhir. Dan…..kapal itu pun bertolak menuju ke destinasinya walaupun penumpangnya masih belum menaiki kapal.

Apa yang dapat kita kaitkan kisah ini dengan diri kita sendiri….?

Kapal        : Perjalanan kita di dunia ini
Destinasi    : Akhirat yang abadi
Pelancong  : Diri kita sendiri
Pulau         : Dunia dan segala isinya


Walaupun kita sedar bahawa dunia yang kita pijak pada hari ini hanyalah pinjaman dariNYA, kekadang kita masih terlupa dan leka dengan segala hiburan dan kenikmatan yang kita perolehi sehingga kita terlupa untuk bertanya pada diri kita sendiri “ Adakah aku akan tiba di ‘negeri abadi’ dengan bekalan ku selama ini?”

Dalam surah Yunus ayat 4, Allah swt berfirman dengan maksud, "Hanya kepada Nyalah kamu semua akan kembali, sebagai janji yang benar daripada Allah, sesungguhnya Allah menciptakan makhluk pada permulaannya kemudian mengulanginya (menghidupkannya) kembali (sesudah bangkit) agar Dia memberi pembalasan kepada orang-orang yang beriman dan yang mengerjakan amal saleh dengan adil. Dan untuk orang-orang kafir disediakan minuman air yang panas dan azab yang pedih disebabkan kekafiran mereka."

"Apabila mati seseorang manusia maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga punca : sedekah yang berkekalan , atau Ilmu yang dimanfa'atkan oleh orang , anak yang soleh yang mendoakannya. " (diriwayat oleh Muslim).

Labels: renungan


|
Simply me

Facebook | Twitter
Assalamualaikum.
Hai semua! Thanx sebab sudi singgah blog syima yang tak seberapa ni. ^_^
Blog ni tak de ape yang menarik. Sekadar perjalanan hidup syima yang kadang ketawa dan kadang menangis...
Footprint here


Navigation

About Links Entries
It's Me


Write something about you here,sweetie :D
Affies&Linkies


Alia L.Joe's | Bestie Shai | Lovie Siti | Dearie Mum | Sweetie | cutie ana
Pelayaran sebuah kapal.........
Wednesday, March 23, 2011 | 10:40 PM | 0 comments

Tiga orang pelancong sedang belayar di lautan yang luas. Mereka menumpang kapal itu untuk mendarat di sebuah pulau yang nun jauh di sana. Setelah berhari-hari di atas kapal, daratan yang mereka cari-cari itu masih belum kelihatan. Maka, pada suatu hari, kapal itu singgah di sebuah pulau.

Pelancong 1:
Dia tahu dan ingat bahawa dia masih dalam perjalanan. Setelah berehat-rehat, dia kembali semula ke kapal. Kerana dia ingat bahawa pulau ini bukanlah tempat yang menjadi tujuan sebenarnya.

Pelancong 2:
Setelah menjejakkan kaki ke pulau itu, dia terpesona dengan keindahan dan kecantikan pulau itu. Akibat terlalu asyik dengan keindahannya,dia terleka dan akhirnya terlena. Tiba-tiba dia tersedar bahawa dia dalam persinggahan dan perjalanannya masih jauh dan perlu diteruskan. Lalu, dia cepat-cepat kembali semula ke kapal. Malangnya, tempat duduk sudah pun dipenuhi oleh pelancong lain.

Pelancong 3:
Pelancong inilah yang paling malang sekali. Setelah dibunyikan siren kapal yang pertama, dia masih lagi menikmati keindahan pulau. Siren kedua dibunyikan pula,dia masih tidak kembali ke kapal. Dan akhirnya, siren ketiga dibunyikan sebagai peringatan terakhir. Dan…..kapal itu pun bertolak menuju ke destinasinya walaupun penumpangnya masih belum menaiki kapal.

Apa yang dapat kita kaitkan kisah ini dengan diri kita sendiri….?

Kapal        : Perjalanan kita di dunia ini
Destinasi    : Akhirat yang abadi
Pelancong  : Diri kita sendiri
Pulau         : Dunia dan segala isinya


Walaupun kita sedar bahawa dunia yang kita pijak pada hari ini hanyalah pinjaman dariNYA, kekadang kita masih terlupa dan leka dengan segala hiburan dan kenikmatan yang kita perolehi sehingga kita terlupa untuk bertanya pada diri kita sendiri “ Adakah aku akan tiba di ‘negeri abadi’ dengan bekalan ku selama ini?”

Dalam surah Yunus ayat 4, Allah swt berfirman dengan maksud, "Hanya kepada Nyalah kamu semua akan kembali, sebagai janji yang benar daripada Allah, sesungguhnya Allah menciptakan makhluk pada permulaannya kemudian mengulanginya (menghidupkannya) kembali (sesudah bangkit) agar Dia memberi pembalasan kepada orang-orang yang beriman dan yang mengerjakan amal saleh dengan adil. Dan untuk orang-orang kafir disediakan minuman air yang panas dan azab yang pedih disebabkan kekafiran mereka."

"Apabila mati seseorang manusia maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga punca : sedekah yang berkekalan , atau Ilmu yang dimanfa'atkan oleh orang , anak yang soleh yang mendoakannya. " (diriwayat oleh Muslim).

Labels: renungan


Credits

Template by : Alia L.Joe's
Tutorial : Jaja
Background : Encik Google