Sweet of Science
Wednesday, February 2, 2011 | 10:42 PM | 0 comments
Salam buat semua..lama rasenye tak update blog..adei..
sejak bergelar guru, masa yang ada diperuntukkan buat anak2 muridku. Dan menjadi seorang guru bukanlah mengajar semata2. Banyak yang perlu di didik pada anak murid. Perlu di tanamkan dalam diri mereka, setiap apa yang dipelajari, hanyalah kerana ALLAH. Sains yang kita pelajar, banyak seronoknya. Lagi seronok bila belajar ramai2. Ye ke? hehe...
Teringat perbualanku dengan anak murid kelas 5 Muhsinin...Time tu, topic yg di ajar adalah mikroorganisma..
"Cikgu, virus tu boleh mati tak?"
"Cikgu, jangka hayat virus bpe?"
![]() |
Pokke yang dikatakan boleh merawat HIV |
macam2 persoalan perlu dijawab. sampai satu soalan.....
"Cikgu, betul ke pokke tu boleh sembuhkan HIV?"
Soalan ini membuatkan aku terdiam sebentar. Memang pernah mendengar tentang si pokke ni.Boleh ke?
Aku cube kaitkan persoalan2 ini dengan kehidupan kita sebagai hambaNYA.
"Kalau betul la pokke ni boleh sembuhkan HIV, apa yang akan berlaku pada masyarakat kita?" soalku kembali..Masing2 mule berfikir...
"Ramai la orang tangkap pokke tu jual"
"Diorang jual mahal2" yang lain menyambung..
"Lagi?" tanyaku..
"Makin ramai la buat maksiat. Betol tak cikgu?"
"Yup". inilah jawapan yang ku nanti dari anak2 murid ku. Biar mereka sendiri yang berfikir baik dan buruknya.
"Kalau ramai yg buat maksiat, Allah suka tak?" sambungku lagi.
"Takkkkkkkk!"jawab semua..jadi, kita same2 la fikir, betol kah pokke boleh sembuhkan HIV..adakah ALLAH akn membiarkan maksiat itu semakin menjadi-jadi...renung2 kan dan selamat beramal!
Labels: cikguOHcikgu, info