I Like You The Best
You've stumbled in my blog,so what to do ? | Dashboard | +Follow
~“Ibadur Rahman” Hamba yang pengasih kepada Yang Maha Pengasih~
Sunday, November 21, 2010 | 1:23 AM | 0 comments
Mata ngantuk. Tapi tak leh tidur. Adei. Ingtkan ummi dan walid kot. Hihi.
Ble dah duk berjauhan dengan orang yang kita sayang, baru la kita sedar dan hargai erti sebuah kasih sayang.
Dalam sedar mahupun tidak, kita sentiasa disayangi dan dikasihi oleh DIA.
Terlupakah kita, setiap nikmat yang diberi kerana kasih sayangNYA?
Terlupakah kita, tiap nafas yang dihembus kerana kasih sayangNYA?
Terlupakah kita, orang-orang disekeliling menyayangi kita adalah keranaNYA?
Inilah fitrah kita sebagai manusia. Sering sedih dan kecewa apabila orang yang kita kasihi pergi jauh meninggalkan kita. Sedarlah, kita masih punya DIA dalam apa jua keadaan kerana DIA amat menyayangi hamba-hambaNYA.

Allah S.W.T telah menggariskan kepada kita mengenai sifat-sifat yang ada pada hambanya yang pemurah (Ibadur Rahman) dalam surah al-Furqan, ayat 63 hingga 77. 

Ciri-ciri “Ibadur Rahman” 

Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih itu adalah mereka yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah diri dan apabila orang-orang bodoh menyapa mereka, mereka mengucapkan “Salam”.

Dan orang yang menghabiskan malam untuk beribadah kepada Tuhan mereka dengan bersujud dan berdiri.

Dan mereka yang berkata : “Wahai Tuhan kami! Jauhkan azab neraka jahannam daripada kami, sesungguhnya azabnya itu merupakan kebinasaan yang kekal.”  

Sesungguhnya neraka jahannam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman.

Dan mereka yang menginfakkan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak pula terlalu kedekut (kikir), di antara keduanya secara wajar.

Dan mereka yang tidak mempersekutukan Allah dgn sembahan lain dan tidak membunuh orang yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan (alasan) yang benar dan tidak berzina, dan barang siapa yang melakukan demekian itu, nescaya dia akan mendapat hukuman yang brat, 

(Yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari qiamat dan dia akan kekal dalam azab itu dalam keadaan hina, 

Kecuali mereka yang bertaubat, beriman dan mengerjakan kebajikan. maka kejahatan mereka akan diganti oleh Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 

Dan barang siapa bertaubat dan mengerjakan kebajikan, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat.

Dan mereka yang tidak memberikan kesaksian palsu, dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah mereka berlalu dengan menjaga kehormatan dirinya,

Dan mereka yang mana apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, mereka tidaklah bersikap sebagai yang tuli dan buta.

Dan mereka yang berkata :”Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati dan jadikanlah kami imam(pemimpin) bagi mereka yang bertaqwa.

Mereka itulah orang yang akan dibalas dengan kedudukan yang tinggi di dalam syurga kerana kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan salam.

Mereka kekal didalamnya. syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman.

Katakanlah (Muhammad, kepada orang2 musyrik), "Tuhanku tidak akan mengindahkan kamu, kalau tidak kerana ibadahmu. (Tetapi bagaimana kamu beribadah kepadaNYA), padahal sungguh , kamu telah mendustakanNYA, krn itu kelak (azab) pasti (menimpamu)"

Marilah kita sama-sama merenung dan muhasabah diri kita kembali. Adakah semua sifat itu sudah ada dalam diri kita? Andai belum, sama-samalah kita meningkatkan amalan dan memastikan sifat-sifat itu ada dalam diri kita.  

 ~Tiada manusia yang sempurna tetapi jangan jadikan itu sebagai suatu alasan untuk menjadi yang terbaik, InsyaAllah ~



Labels: renungan


|
Simply me

Facebook | Twitter
Assalamualaikum.
Hai semua! Thanx sebab sudi singgah blog syima yang tak seberapa ni. ^_^
Blog ni tak de ape yang menarik. Sekadar perjalanan hidup syima yang kadang ketawa dan kadang menangis...
Footprint here


Navigation

About Links Entries
It's Me


Write something about you here,sweetie :D
Affies&Linkies


Alia L.Joe's | Bestie Shai | Lovie Siti | Dearie Mum | Sweetie | cutie ana
~“Ibadur Rahman” Hamba yang pengasih kepada Yang Maha Pengasih~
Sunday, November 21, 2010 | 1:23 AM | 0 comments
Mata ngantuk. Tapi tak leh tidur. Adei. Ingtkan ummi dan walid kot. Hihi.
Ble dah duk berjauhan dengan orang yang kita sayang, baru la kita sedar dan hargai erti sebuah kasih sayang.
Dalam sedar mahupun tidak, kita sentiasa disayangi dan dikasihi oleh DIA.
Terlupakah kita, setiap nikmat yang diberi kerana kasih sayangNYA?
Terlupakah kita, tiap nafas yang dihembus kerana kasih sayangNYA?
Terlupakah kita, orang-orang disekeliling menyayangi kita adalah keranaNYA?
Inilah fitrah kita sebagai manusia. Sering sedih dan kecewa apabila orang yang kita kasihi pergi jauh meninggalkan kita. Sedarlah, kita masih punya DIA dalam apa jua keadaan kerana DIA amat menyayangi hamba-hambaNYA.

Allah S.W.T telah menggariskan kepada kita mengenai sifat-sifat yang ada pada hambanya yang pemurah (Ibadur Rahman) dalam surah al-Furqan, ayat 63 hingga 77. 

Ciri-ciri “Ibadur Rahman” 

Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih itu adalah mereka yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah diri dan apabila orang-orang bodoh menyapa mereka, mereka mengucapkan “Salam”.

Dan orang yang menghabiskan malam untuk beribadah kepada Tuhan mereka dengan bersujud dan berdiri.

Dan mereka yang berkata : “Wahai Tuhan kami! Jauhkan azab neraka jahannam daripada kami, sesungguhnya azabnya itu merupakan kebinasaan yang kekal.”  

Sesungguhnya neraka jahannam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman.

Dan mereka yang menginfakkan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak pula terlalu kedekut (kikir), di antara keduanya secara wajar.

Dan mereka yang tidak mempersekutukan Allah dgn sembahan lain dan tidak membunuh orang yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan (alasan) yang benar dan tidak berzina, dan barang siapa yang melakukan demekian itu, nescaya dia akan mendapat hukuman yang brat, 

(Yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari qiamat dan dia akan kekal dalam azab itu dalam keadaan hina, 

Kecuali mereka yang bertaubat, beriman dan mengerjakan kebajikan. maka kejahatan mereka akan diganti oleh Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 

Dan barang siapa bertaubat dan mengerjakan kebajikan, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat.

Dan mereka yang tidak memberikan kesaksian palsu, dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah mereka berlalu dengan menjaga kehormatan dirinya,

Dan mereka yang mana apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, mereka tidaklah bersikap sebagai yang tuli dan buta.

Dan mereka yang berkata :”Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati dan jadikanlah kami imam(pemimpin) bagi mereka yang bertaqwa.

Mereka itulah orang yang akan dibalas dengan kedudukan yang tinggi di dalam syurga kerana kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan salam.

Mereka kekal didalamnya. syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman.

Katakanlah (Muhammad, kepada orang2 musyrik), "Tuhanku tidak akan mengindahkan kamu, kalau tidak kerana ibadahmu. (Tetapi bagaimana kamu beribadah kepadaNYA), padahal sungguh , kamu telah mendustakanNYA, krn itu kelak (azab) pasti (menimpamu)"

Marilah kita sama-sama merenung dan muhasabah diri kita kembali. Adakah semua sifat itu sudah ada dalam diri kita? Andai belum, sama-samalah kita meningkatkan amalan dan memastikan sifat-sifat itu ada dalam diri kita.  

 ~Tiada manusia yang sempurna tetapi jangan jadikan itu sebagai suatu alasan untuk menjadi yang terbaik, InsyaAllah ~



Labels: renungan


Credits

Template by : Alia L.Joe's
Tutorial : Jaja
Background : Encik Google