~ Mari berdoa ~
Saturday, October 23, 2010 | 10:05 AM | 0 comments
Ada la sorang mak cik ni. dia memang seorang hamba yang solehah. Setiap hari, dia menjual tempe di pasar tani. Malamnya pulak, beribadah. Hidupnya memang susah. Suami dah takde. Anak-anak plak ramai. Walaupun hidupnya susah, dia sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan padanya.
Satu hari, dia terlewat bangun pagi. Apa lagi, kelam kabut la dia buat tempe untuk dijual. Bila dia tgok jam, dah pkul 7.30 pagi.
‘tempe tak masak lagi ni. kalau aku lmbat g pasar, sape nak beli tempe ni’ bisiknya sendirian.
Dia pun membungkus la tempe-tempe tu. Dalam perjalanan ke pasar, hatinya tak henti-henti berdoa kepada Allah supaya tempenya masak. Sampai je kat pasar, cepat2 dia bukak bungkusan tempe. Rase-rasenye, masak tak?erm…tak masak. Dia sdey sgt. Tbe2 ada orang dtg nk beli tempe. Dia pun berdoa lg supaya tempenya masak. Tapi……tempenya tetap tak masak. Setiap kali orang datang nak beli tempe, dia tetap berdoa supaya tempenye masak. Tapi, tempe die tetap tak masak.
Mak cik dah rase down sgt2. Orang kat pasar sume dh nak blik. Tempe dia, satu pun tak de orang beli. Dia rase mcm nak putus asa sgt2. Tiba-tiba………..
“Kak, ade tempe lagi tak?”
“Ada-ada” jawab makcik ni.
“Kalau macam tu saya nak beli la”
Hati mak cik ni hepi sgt. Dia pun berdoa la lagi supaya tempe dia masak. Bila dia bukak bungkusan tempe, tempenye tetap tak masak….sdeynye dia.
‘’Maaf la cik, tempe saya tak masak sepenuhnya. Jadi, sy tak dapat la jual pada cik.”
‘’Alhamdulillah…saya memang tengah cari tempe yang separuh masak. Nasib baik jumpe mak cik. Puas saya cari dari tadi. Kalau macam tu, saya beli semua ye mak cik.”
Gembira tak hati mak cik tu? Mesti la gembira kan…hihi… so, the moral of the story:
Jangan cepat putus asa. Mak cik ni tetap jugak menjual walaupun die tw tempe dia tak masak. Dia tak putus asa sampai la pasar tu nak tutup. Contoh dalam kehidupan kita, ble time nk exam. Kita study betoi2. Siang malam kita berdoa. Kalau boleh nak score 4.0 jugak sem tu. Tapi, ble result kluar, result kita tak macam kita nak. Sdey tak? Mesti la sdey kan. Tapi kite jangan cepat putus asa. Kita kena fikir, knapa Allah tak bagi kita result elok? Mungkin bila kita dapat 4.0, kita akan jadi riak. Jadi, Allah tak nak kita riak. Sebab tu Dia tak bagi kita 4.0. Jadi, kita kena bersyukur dengan ape yang kita ada. Kita usaha lagi untuk sem depan.
Allah itu Maha Pengasih. Tentu Allah akan memakbulkan doa hamba-hambanya.
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi-Ku, dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran." (al-Baqarah: 186).
Cuma kadang-kadang, Allah memakbulkan doa kita bukan macam kita nak. Maksudnya, Allah akan memakbulkan doa kita tp mungkin dengan cara lain. Macam mak cik ni, dia doa supaya tempe masak sebab dia nak jual. Tapi, Allah tak bagi masak tempe dia. Allah memakbulkan doa dia dengan cara lain iaitu dengan datangnya seorang pembeli yang nak tempe separuh masak.
Lagi satu, Doa yang kita mohon tidak semestinya kan tertunai pada masa dan saat kita mintak tu. Mungkin lambat, mungkin cepat. Sebab tu la kita kena terus berdoa dan berusaha.
Kita selalu bersedih bila apa yang kita doa tak tertunai. Tanpa kita sedari, dalam kesedihan yang Allah beri, ade kegembiraan yang disertai. Cuma kita selalu terlepas pandang. Mungkin dari saat ini, cubalah kita mencari apa nikmat kegembiraan yang Allah beri disebalik kesedihan dan kekecewaan. Dengan itu, hidup kita akan sentiasa gembira. Insyaallah…..
Labels: renungan